Saturday 1 November 2014

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PI1M DARO



Pada 28 Oktober 2014 yang lepas, PI1M Daro telah menerima kunjungan daripada para pelajar darjah 6 dari SK Hijrah Badong sempena Program Lawatan Sambil Belajar sekolah berkenaan. PI1M Daro menjadi salah satu pusat yang dipilih untuk program lawatan tersebut setiap tahun.
Antara pengisian program tersebut adalah, para pelajar didedahkan dengan fasiliti yang ditawarkan di PI1M, peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi, kaedah yang betul sepanjang menggunakan kemudahan di Pi1M serta kursus Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu sedikit taklimat tentang keselamatan semasa melayari internet.